Tips no.2- Minum air Teh Hijau sebelum makan..Sekiranya tidak biasa,tunggu 15-20 minit untuk minum selepas waktu makan.Bagi penggemar Teh Cina boleh juga minum teh itu tanpa gula.Sebaiknya di minum panas atau suam.Selain menyegarkan,elok untuk penghadaman.Jadi,cepatlah langsing selepas itu!
Hi All ! Terima Kasih pada semua yang sudi melawat Blog ini...Semoga info yang saya terjemahkan melalui pembacaan & pengetahuan saya yang cetek ini,dapat dimanfaatkan bersama-sama.. sekian Terima kasih... ^ ^
Wednesday, 16 May 2012
Tips Langsing Macam Model
Tips no.3- Gunakan mayonis yang kurang kandungan lemak..atau jangan ambil mayonis dalam kuantiti yang banyak.Biasanya kalau makan kentang goreng,mesti nak ada mayonis,baru sedap kan? Okay tapi jangan berlebihan. Telur puteh adalah ramuan utama dalam mayonis, jadi akan terjadi sedikit alahan juga pada kanak-kanak yang alergi protein telur.Bagi orang dewasa,boleh gunakan mustard untuk menu sandwich..
Tips Langsing Macam Model
Sediakan List Makanan! Ini tips no.2. Ha bab ni saya pon tak pernah buat.Apa yang saya biasa buat,buka peti ais cari makanan! Kalau buah epal atau oren yang saya jumpa,selamat lah..Tapi selalunya tidak begitu.Mesti nak juga ambil coklat atau minuman manis dalam botol.So sekiranya ada list makanan,boleh juga kita catit apa kategori makanan yang telah atau belum diambil..Selain itu ia juga dapat membantu mengawal makanan tidak perlu dan memudahkan kita menyemak kembali kadar pengambilan makanan harian...
Tips Langsing Macam Model
Di sini ada 5 tips untuk mempercepatkan kelangsingan,seperti yang anda impikan.. Saya juga mendedikasikan tips ini untuk diri saya sendiri..di mana sudah kelihatan selulit yang seperti sudah sebati dam tidak mahu pergi.. Tips no.1- Minum air suam! Kalau boleh perbanyakkan minum air suam ni bila perut terasa hendak makan snek.. mesti susah kan? Ha ha tak susah pon..okay kalau tak larat minum air suam,air mineral botol juga boleh.Pastikan penutup botol,mestilah warna biru atau hijau sahaja.Sebab ada satu jenama yang menggunakan penutup hijau.Kalau warna puteh,itu air suling.Sesetengah orang akan mengalami tekanan darah rendah jika tidak sesuai minum air suling.Saya sendiri pernah mengalami tekanan darah rendah sewaktu hamil anak kedua.Pada waktu itu,saya selalu beli air yang berharga cuma 20sen sahaja untuk 5 Liter! Mesin air tu boleh didapati di serata tempat.Tetapi saya tidak menghalang pula anda membeli air suling mesin.Tepuk dada tanyalah selera...
Subscribe to:
Comments (Atom)