Di sini ada 5 tips untuk mempercepatkan kelangsingan,seperti yang anda impikan.. Saya juga mendedikasikan tips ini untuk diri saya sendiri..di mana sudah kelihatan selulit yang seperti sudah sebati dam tidak mahu pergi.. Tips no.1- Minum air suam! Kalau boleh perbanyakkan minum air suam ni bila perut terasa hendak makan snek.. mesti susah kan? Ha ha tak susah pon..okay kalau tak larat minum air suam,air mineral botol juga boleh.Pastikan penutup botol,mestilah warna biru atau hijau sahaja.Sebab ada satu jenama yang menggunakan penutup hijau.Kalau warna puteh,itu air suling.Sesetengah orang akan mengalami tekanan darah rendah jika tidak sesuai minum air suling.Saya sendiri pernah mengalami tekanan darah rendah sewaktu hamil anak kedua.Pada waktu itu,saya selalu beli air yang berharga cuma 20sen sahaja untuk 5 Liter! Mesin air tu boleh didapati di serata tempat.Tetapi saya tidak menghalang pula anda membeli air suling mesin.Tepuk dada tanyalah selera...